Pra pelaksanaan operasi bancian rumah ke rumah telah bermula

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 7 Jan 2021 (The Capital Post)- – Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) fasa kedua, temuramah secara bersemuka akan bermula secara rasmi mulai 20 Januari 2021 sehingga 6 Februari 2021.

-Advertisement-

Operasi Banci 2020 di lapangan ini dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard – Operasi Pembancian di Lapangan Banci 2020 (https://asset.mkn.gov.my/web/wpcontent/uploads/sites/3/2020/09/SOPOPERASI-KERJA-LUAR-BANCI 2020-_MKN_17September-2020.pdf) dan tertakluk kepada arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan fasa kedua ini juga mengambil kira kawasan yang terjejas berikutan bencana banjir di mana penyesuaian operasi pembancian akan dilaksanakan bagi memastikan semua penduduk Malaysia dibanci.

Banci 2020 telah bermula sejak 7 Julai 2020 dengan pendekatan banci dalam talian (e-Census) dan kaedah temuramah melalui telefon atau Computer Assisted Telephone Interview (CATI).

-Advertisement-

Berdasarkan respons yang diterima sehingga kini,seramai 8.5 juta atau 26.1 peratus daripada anggaran 32.7 juta penduduk Malaysia telah direkodkan dalam Banci 2020 fasa pertama dan masih terdapat 320 ribu isi rumah yang melibatkan 1.2 juta penduduk telah mendaftar di platform e-Census dan masih belum melengkapkan pengisian e-Census sepenuhnya.

Dato Sri Dr.Mohd Uzir Mahidin, dari Pesuruhjaya Banci Malaysia menegaskan bahawa , mereka yang terlibat ini perlulah segera melengkapkan pengisian e-Census masing-masing.

Pelaksanaan fasa kedua ini akan melibatkan seramai 43 ribu pegawai banci yangakan dilantik di seluruh negara.

Permohonan bagi pengisian jawatan sebagai pegawaibanci masih dibuka dan orang awam yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan sebagai pegawai banci dengan merujuk kepada Jabatan Perangkaan Negeriyang berdekatan.-The Capital Post

Share this Article
  • 107
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    107
    Shares