Sunway Pyramid ucap Happy ‘Niu’ Year

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sunway Pyramid membuka tirai 2021 dengan sambutan Happy ‘Niu’ Year dengan menawarkan pembeli pelbagai ganjaran menarik dan aktiviti.

Pengurus Besar Sunway Pyramid Jason Chin berkata ia bertujuan untuk mendorong orang ramai memulakan tahun ini, Tahun Ox (atau ‘niu’ dalam bahasa Cina) dengan mesej yang positif serta menggalakkan mereka untuk bangkit semla selepas menempuh detik yang mencabar pada tahun lalu.

“Tahun 2020 sememangnya penuh dengan liku dan cabaran dan kami mahu terus bergerak ke hadapan dan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Malaysia.

 

-Advertisement-

“Semoga tahun ini diberkati dengan limpahan rahmat dan kemakmuran,” katanya dalam kenyataan Khamis.

Dari 1 Jan hingga 28 Feb, pengunjung pusat beli-belah itu berpeluang menikmati ganjaran serta berpeluang membuat hajat di Oxpicious Wishing Well apabila mereka menderma RM5 atau RM10 kepada badan kebajikan.

Chin berkata sumbangan itu akan disalurkan kepada 200 keluarga yang memerlukan untuk pembelian barangan keperluan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

-Advertisement-

Beliau berkata ia akan disalurkan dengan bantuan pusat khidmat masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya dan ahli majlis perbandaran Zon 2.

“Semasa perayaan ini, pembeli berpeluang meneroka kota purba emas yang ditempatkan di LG2 Orange Concourse.

“Pokok tangerine dan tanglung merah bercahaya akan menyerikan lagi suasana di samping arca lembu keemasan yang didirikan di hadapan dataran tersebut untuk menyambut kehadiran pengunjung di kota itu,” katanya sambil menambah tarian singa akan diadakan setiap hujung minggu.

Chin berkata Sunway Pyramid juga komited untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah yang selamat buat semua dengan sentiasa melaksanakan sanitasi di gedung itu seperti yang disarankan dalam garis panduan Kementerian Kesihatan.

Untuk maklumat lanjut ikuti platform media sosial Sunway Pyramid dan laman web rasmi di   www.sunwaypyramid.com/happy-niu-year.

– BERNAMA

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •