Semua menteri ambil ujian saringan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengesahkan semua ahli Jemaah Menteri perlu menjalani ujian COVID-19.

-Advertisement-

Katanya, penilaian risiko juga akan dibuat terhadap setiap menteri untuk mengetahui hari dan masa, sebelum seseorang itu boleh menjangkiti orang lain.

“Dalam kes Menteri Kabinet, kita memang meminta ahli jemaah menteri membuat ujian calitan sebagai langkah pencegahan dan pengawalan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ditanya jika menteri boleh meneruskan atau menghadiri program selepas ini, Dr Adham berkata, dalam ujian calitan RT-PCR, ada perkiraan nilai kitaran ambang (CT value) yang boleh menentukan tarikh atau masa seseorang yang dijangkiti boleh menjangkiti orang lain.

-Advertisement-

Beliau berkata, penilaian risiko pula akan dilakukan pakar kesihatan awam, manakala Pusat Kesihatan daerah (PKD) yang akan mengeluarkan garis panduan sama ada menteri terbabit perlu mengambil langkah susulan, selepas pengesahan jangkitan.

Jemaah Menteri menjalani ujian calitan COVID-19 selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif COVID-19, pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun juga disahkan positif COVID-19, hari ini.

Rina, 47, menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Putrajaya, pada pagi semalam.

-BH

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •