Tentera kenal pasti koordinat pesawat Sriwijaya Air terhempas

Estimate Reading Time: < 1 minute

Jakarta: Tentera Laut Indonesia sudah mengenal pasti lokasi pesawat Sriwijaya Air SJY182 yang terhempas sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, di sini, menuju ke Pontianak, petang semalam.

-Advertisement-

Media tempatan melaporkan bahawa Panglima Tentera Laut Indonesia Laksamana Muda TNI Abdul Rasyid Kacong berkata, sekurang-kurangnya 10 kapal kapal sudah dihantar ke lokasi berkenaan bagi melakukan operasi pencarian.

“Koordinat sudah dikenal pasti dan sudah dimaklumkan kepada kapal tentera laut di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, BBC melaporkan bahawa pihak berkuasa merumuskan bahawa pesawat berkenaan mungkin terhempas di sekitar perairan Pulau Lancang dan Pulau Laki, Kepulauan Seribu, dekat Jakarta.

-Advertisement-

Sementara itu, Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) sudah menemui pelbagai serpihan yang dipercayai daripada bangkai pesawat berkenaan.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pada 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

-HMetro

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •