Pemandu maut gara-gara elak bangkai babi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PARIT: Dipercayai kerana mahu mengelak bangkai babi, seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Km5 Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang dekat sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 7.40 pagi itu, Jamaludin Abdullah, 29, maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dipercayai memandu dari Tanjung Tualang menghala ke Kampung Gajah.

-Advertisement-

-Advertisement-

“Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai terdapat bangkai babi di tengah jalan menyebabkan mangsa cuba mengelaknya sebelum melanggar bahagian tengah lori.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berumur 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Barudin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •