Banjir kini beralih ke Sabah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ketika keadaan banjir di beberapa negeri di Semenanjung menunjukkan tanda-tanda pulih, Sabah pula menghadapi bencana itu.

-Advertisement-

Hujan lebat sejak Ahad lepas yang memaksa kumpulan mangsa pertama di Negeri di Bawah Bayu itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada hari Isnin dijangka berterusan hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat di Sarawak untuk tempoh sama.

Jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS di negeri itu turut meningkat mendadak kepada 1,765 orang petang semalam.

-Advertisement-

Negeri-negeri lain menunjukkan perkembangan positif dan setakat semalam, tiada hujan diramal berlaku.

Selepas Perak dan Terengganu pulih sepenuhnya, Kelantan pula dijangka menyusul hari ini selepas mangsa di negeri itu hanya berbaki 154 orang yang ditempatkan di sebuah PPS iaitu di Rantau Panjang.

Pahang pula walaupun masih kekal dengan jumlah mangsa yang tinggi iaitu seramai 16,373 orang setakat petang semalam turut menunjukkan trend menurun sejak Isnin.

Begitu juga di Johor dengan jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 3,274 orang setakat ini.

-FMT

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •