Gempa bumi sederhana gegar Irian Jaya, Indonesia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR:  Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Irian Jaya, Indonesia pada 2.17 pagi Rabu.

-Advertisement-

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 394 kilometer (km) barat dari Jayapura, Indonesia dengan kedalaman 19 km.

-Advertisement-

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– Bernama

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •