Malaysia mungkin perlu masa untuk lihat faedah ekonomi daripada pentadbiran Biden

Estimate Reading Time: 2 minutes

PETALING JAYA: Para ekonomi meramalkan bahawa prospek jangka panjang untuk ekonomi Malaysia akan menjadi baik di bawah pentadbiran Joe Biden yang akan datang.

-Advertisement-

Bagaimanapun, mereka menjangka beberapa kekurangan dalam jangka pendek.

Biden, yang mengalahkan Donald Trump dalam pemilihan presiden November lalu, dijadualkan mengangkat sumpah pada 20 Jan.

Ahli ekonomi di Universiti HELP, Paolo Casadio, berkata Biden telah menunjukkan petanda beliau akan mengutamakan kesihatan dan keselamatan bagi jangka pendek memandangkan angka kes Covid-19 di Amerika Syarikat adalah yang tertinggi di dunia.

“Biden akan memilih keselamatan berbanding pertumbuhan, bertentangan dengan Trump,” katanya.

“Dengan Biden, kita akan melihat Amerika menjimatkan sumbernya untuk menghadapi kemungkinan mengharungi tempoh kawalan pergerakan yang panjang.”

Namun, menurut Casadio, pendirian Biden yang kurang nasionalis dapat memperbaiki perdagangan antarabangsa secara keseluruhan di penghujung wabak ini, walaupun itu mungkin akan mengambil masa.

Hubungan antara AS dan China yang sangat dingin semasa pemerintahan Trump, juga akan memberi kesan kepada Malaysia. Hubungan yang lebih baik akan memberikan kesan limpahan negatif bagi Malaysia, terutamanya dalam industri pembuatan.

Selama empat tahun Trump mentadbir, syarikat-syarikat meneroka kemungkinan memindahkan rantaian bekalan mereka keluar dari China untuk mengelakkan tarif yang dikenakan terhadap produk buatan China apabila dihantar ke AS.

-Advertisement-

Casadio berkata, syarikat AS dan negara Barat yang lain mungkin tidak lagi merasa terpaksa keluar dari China.

“Di bawah (pentadbiran) Trump, syarikat mempunyai alasan untuk memindahkan operasi mereka – sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya – jauh dari China dan mula mencari alternatif serantau seperti Asean dan Malaysia.”

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Bank Dunia Richard Record berkata, mungkin akan ada beberapa peluang jangka pendek berkaitan dengan pengalihan perdagangan dan pelaburan untuk negara-negara seperti Malaysia.

Tetapi, tambahnya: “Peluang-peluang ini cenderung dihapuskan oleh kelemahan keyakinan pelabur yang akan mempengaruhi semua pihak jika ketegangan meningkat.

“Inilah yang kita lihat pada 2018 dan 2019, apabila wujud beberapa keuntungan jangka pendek dalam bahagian pasaran untuk Malaysia di AS, dengan mengorbankan China, dan di . China dengan mengorbankan AS. Namun kemudian pertumbuhan dan perdagangan global menjadi perlahan akibat ketegangan itu.”

Menurut Record, Covid-19 telah menunjukkan kepada syarikat-syarikat betapa pentingnya mempelbagaikan rantaian bekalan dan membina ketahanan. Ini seterusnya mungkin mendorong mereka untuk tetap berusaha melabur di beberapa bahagian Asean, walaupun China dan AS memperbaiki hubungan.

“Kita sedang melihat pembentukan semula rantaian nilai global dengan syarikat-syarikat semakin memilih untuk membina rantaian bekalan yang lebih kukuh berbanding kecekapan dan lokasi pengeluaran kos terendah. Trend ini mungkin memberi peluang yang lebih besar bagi Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

“Bagi memastikan Malaysia dapat menarik bukan hanya kuantiti pelaburan yang tepat, tetapi lebih penting, kualiti pelaburan yang tepat, fokus perlu diberikan kepada asas-asas utama – meningkatkan kualiti pembentukan modal insan dan infrastruktur ekonomi, terutamanya infrastruktur digital, selain meningkatkan daya saing dan akses kepada pasaran”

-FMT

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •