11,413 mangsa banjir di Pahang masih berada di pusat pemindahan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Penduduk yang terjejas akibat banjir di Pahang menurun kepada 11,413 mangsa daripada 3,039 keluarga yang kini ditempatkan di 1v

Berbanding petang semalam, portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 14,320 mangsa banjir daripada 3,879 keluarga ditempatkan 128 PPS.

Berdasarkan rekod, Pekan mencatatkan jumlah paling ramai iaitu3,290 mangsa daripada 924 keluarga; diikuti Temerloh 3,140 (776 keluarga) dan Maran 2,066 (587 keluarga).

Di Bera pula merekodkan 1,601 mangsa daripada 440 keluarga, Lipis 353 (93 keluarga); Kuantan 841 (188 keluarga); Jerantut 73 (22 keluarga) dan Raub 49 (sembilan keluarga).

Laporan infobanjir.water.gov.my turut memaklumkan tiga sungai masih lagi melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan.

Di Sungai Pahang, Pekan pula melepasi paras berjaga-jaga.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis angin kencang timur laut pula melebihi 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Pahang hingga Sabtu ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan.

-BH

-Advertisement-

-Advertisement-

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •