Banjir Sarawak pulih sepenuhnya

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya dengan semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup, hari ini.

-Advertisement-

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin, berkata PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Puteh, Serian, adalah yang terakhir ditutup pada jam 2 petang tadi.

Banjir yang melanda Sarawak menyaksikan PPS pertama dibuka di Dewan Masyarakat, Kampung Betong Kanowit di Serian, pada jam 11.30 malam 12 Januari lalu.

-Advertisement-

Sepanjang tempoh sembilan hari bencana alam itu, seramai 4,781 mangsa banjir daripada 1,273 keluarga dipindahkan.

Mangsa banjir terbabit ditempatkan di 59 PPS di enam daerah, iaitu Kuching, Bau, Samarahan, Simunjan, Serian dan Miri.

Banjir mula melanda Sarawak pada 12 Januari lalu akibat pertembungan hujan lebat dengan fenomena air pasang besar.

-BH

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares