COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura

Estimate Reading Time: < 1 minute

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan bahawa satu daripada lima kes bergejala import yang dilaporkan di negara republik berkenaan hari ini membabitkan seorang pelajar wanita berumur 28 tahun dari Malaysia.

-Advertisement-

Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

Sehingga tengah hari ini, Singapura mencatatkan 26 kes import baharu, dengan 21 daripadanya adalah asimptomatik, manakala lima adalah bergejala.

Republik itu turut melaporkan empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19, dengan dua kes asimptomatik dan dua bergejala.

-Advertisement-

Keseluruhannya 30 kes baharu dilaporkan di sini Selasa, menjadikan jumlah jangkitan kini menjangkau 59,157.

Satu kluster baharu juga dikesan hari ini, yang dikaitkan dengan kes 59343 melibatkan seorang lelaki warga China berumur 33 tahun yang bekerja di Golden Bridge Foods Manufacturing Pte Ltd.

Dengan kluster baharu itu, jumlah kluster yang dikesan kini adalah lima.

– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share