TABIKA Perpaduan laksana PdPR

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,781 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Tabika Perpaduan (TP) seluruh negara mula melaksanakan pembelajaran dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang memberi manfaat kepada 35,984 murid.

-Advertisement-

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata kaedah PdPR itu diadakan selepas pihaknya menangguhkan operasi pembukaan bersemuka Tabika Perpaduan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“PdPR dilaksanakan secara lancar di seluruh Tadika Perpaduan melalui dalam talian dan luar talian (off-site).

“Daripada 1,781 TABIKA Perpaduan, sebanyak 1,067 daripadanya atau 60 peratus menggunakan PdPR secara ‘offline’ atau bahan pengajaran dihantar melalui Google Classroom, WhatsApp, Telegram, emel dan platform yang sesuai.

-Advertisement-

“Selain itu, sebanyak 658 buah atau 37 peratus mengikuti pembelajaran secara dalam talian iaitu secara langsung menerusi aplikasi Zoom, Google Meet, Webex dan seumpamanya.

“Hanya tiga peratus atau 56 TABIKA mengikuti pembelajaran secara pendekatan luar talian (off-site) iaitu murid diberi tugasan berkaitan dengan lebih awal secara manual,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Halimah berkata, kaedah secara luar talian akan digunakan apabila wujud kekangan capaian internet dan ketidakhadiran ibu bapa bersama semasa sesi pembelajaran berlangsung.

“Inisiatif dan kreativiti tenaga pengajar kelas TABIKA Perpaduan dalam pelaksanaan PdPR akan sentiasa dipertingkatkan melalui latihan dan sokongan peralatan bagi memanfaatkan kemajuan teknologi dan memastikan pembelajaran murid berjalan lancar,” katanya.

-BH

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares