DAESH mengaku dalang dua letupan di Baghdad

Estimate Reading Time: < 1 minute

BAGHDAD: Dua letupan berbeza membunuh 32 orang dan mencederakan kira-kira 110 yang lain.

-Advertisement-

Militan DAESH mengaku bertanggungjawab terhadap insiden pengeboman oleh dua pengebom nekad di kawasan komersial di Baghdad, pada Khamis.

-Advertisement-

Seorang pengebom nekad DAESH menyasarkan sekumpulan pembeli dan pekerja di Tayaran Square, dan pengebom kedua pula meletupkan diri apabila orang ramai berkumpul untuk mangsa letupan pertama.

Iraq mengisytiharkan DAESH berjaya ditumpaskan pada hujung 2017, namun sel kecilnya terus beroperasi, di padang pasir negara itu. – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share