Mangsa banjir di Sabah berkurang kepada 352 orang

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 352 orang daripada 99 keluarga pagi ini berbanding 445 daripada 135 keluarga, semalam.

-Advertisement-

Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa banjir ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah membabitkan Kota Belud, Beaufort dan Tenom.

Lima PPS iaitu masing-masing dua di daerah Beaufort dan Kota Belud serta satu di Tenom dengan kesemuanya melibatkan 70 kampung yang masih ditenggelami banjir.

“Di Beaufort, Dewan Mohd Dun Banir menempatkan seramai 131 mangsa daripada 45 keluarga dan di Dewan Pa’ Musa 118 mangsa daripada 32 keluarga,” menurut kenyataan itu.

-Advertisement-

Di Kota Belud, Dewan Sekolah Suang Punggor menempatkan 35 mangsa daripada sembilan keluarga, manakala Dewan Kampung Song-Song menempatkan seramai 42 mangsa daripada lapan keluarga.

Sementara di Tenom, Rumah Kebudayaan Kampung Kalang Banar menempatkan seramai 26 mangsa daripada lima keluarga.

Menurut APM, semua agensi terlibat dalam pemantauan dan pemindahan mangsa banjir menggerakkan jentera masing-masing bagi melancarkan operasi.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share