Peguam mahu Mahkamah Persekutuan putus sama ada klausa dalam perisytiharan darurat sah

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Peguam Syed Iskandar Jaafar al-Mahdzar memfailkan permohonan meminta Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan undang-undang sama ada pengisytiharan darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong boleh dicabar atas apa-apa alasan.

-Advertisement-

Beliau juga mahu mahkamah tertinggi itu membuat keputusan sama ada Parlimen dianggap bersidang hanya apabila Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang dan menjalankan urusan masing-masing bersekali.

Syed Iskandar membangkitkan persoalan sama ada pindaan terhadap Perkara 150, dengan memasukkan klausa 8 dan 9, bercanggah dengan struktur asasi Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan itu, yang dibuat mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman, difailkan oleh Tetuan R Kengadharan & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi semalam dan kertas kausanya dilihat oleh FMT.

Syed Iskandar Jaafar al-Mahdzar.

Peruntukan itu membenarkan Mahkamah Tinggi menyampaikan isu berkepentingan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan.

Bagi menyokong permohonannya, Syed Iskandar berkata, pada 8 Jan, majoriti empat hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa klausa “ouster” (penyingkiran) berada di luar cabaran perlembagaan.

-Advertisement-

Beliau berkata, minoriti tiga hakim berpandangan sebaliknya, sekali gus menjadikan persoalan itu kes yang sesuai dan layak untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Syed Iskandar juga membangkitkan dua persoalan undang-undang dalam saman pemula yang difailkannya di Mahkamah Tinggi pada 30 Okt.

Persoalan pertama ialah “sama ada konstruksi tepat Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan bermakna Agong mempunyai budi bicara penuh untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun diberi nasihat oleh perdana menteri atau Kabinet.”

Persoalan kedua ialah “sama ada pindaan terhadap Perkara 150, dengan memasukkan klausa 8 dan 9, melanggar struktur asasi Perlembagaan”.

Dalam permohonan terbarunya, Syed Iskandar melupuskan persoalan pertama yang dikemukakannya sebelum ini.

Pada 11 Jan, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan darurat sehingga 1 Ogos atau lebih awal sekiranya bilangan kes Covid-19 berkurangan, bagi mencegah penularan wabak tersebut.

-FMT

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares