Bilik siasatan jenayah narkotik di P Pinang musnah terbakar

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGE TOWN: Bilik siasatan jenayah narkotik di tingkat empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut terbakar awal pagi ini, dengan hampir separuh ruang pejabat musnah.

-Advertisement-

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, tiga jentera bomba bergegas ke lokasi kebakaran di tingkat empat ibu pejabat polis daerah timur laut di Singgora Lane.

Jurucakap jabatan bomba berkata api berjaya dikawal dalam masa setengah jam dan tiada kecederaan dilaporkan.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong berkata, ketika kejadian, semua pegawai sedang bersiap sedia untuk menjalani “roll call”.

“Kita sedang menunggu laporan siasatan bomba,” katanya ketika dihubungi.

-FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share