Ibu lahir bayi kembar empat sendirian berakhir tragedi

Estimate Reading Time: < 1 minute

SURABAYA: Kegembiraan seorang wanita menyambut empat bayi kembarnya berakhir tragedi apabila kesemua bayi itu meninggal dunia hingga kisah tersebut tular di laman sosial.

-Advertisement-

Rakaman klip video berdurasi 30 saat yang memaparkan kisah memilukan itu dimuat naik di akaun Instagram @ndorobeii hingga meraih lebih 55,751 tontonan dan menerima ratusan komen daripada orang ramai yang turut bersimpati.

Kejadian itu berlaku di Madura, Jawa Timur, Indonesia pada Sabtu, lapor Detik News.

-Advertisement-

Ketua Polis Kwanyar AKP Andy Bantera mengesahkan keempat bayi itu telah meninggal dunia.

“Wanita itu melahirkan keempat bayi itu secara sendirian tanpa bantuan daripada pegawai perubatan mahupun bidan kampung kerana tidak sempat pergi ke rumah bidan. Sebaik dilahirkan, dua bayi meninggal dunia manakala dua lagi berada dalam keadaan kritikal.

“Selepas dua jam iaitu kira-kira 7 malam, dua bayi lagi meninggal dunia. Jantina bayi disahkan seorang bayi lelaki dan tiga perempuan. Punca kematian kerana kelahiran pramatang,” katanya.

-SH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share