Dua lelaki meliwat ditahan polis

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, Petaling Jaya, semalam kerana disyaki meliwat seorang lelaki, kelmarin.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata mangsa mendakwa diliwat sebanyak lapan kali oleh dua suspek selain dipaksa melakukan seks luar tabii.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa mendakwa berjoging di kawasan rumahnya dekat Jalan PJU 6A, Damansara dan terserempak dua lelaki sedang minum alkohol.

“Pada awalnya, dua suspek memanggil mangsa dan bertanyakan pelbagai soalan. Kemudian secara tiba-tiba suspek menarik tangan mangsa dan mengarahkannya membonceng motosikal seorang suspek itu.

-Advertisement-

“Mangsa cuba melawan tetapi gagal lalu dibawa ke rumah suspek di Kampung Sungai Kayu Ara. Kejadian liwat dipercayai berlaku pada jam 7 malam kelmarin dan polis menahan suspek pada jam 11 malam tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, suspek berusia 31 dan 36 tahun manakala mangsa, 20, bekerja sebagai pelayan restoran di sebuah pusat beli-belah dekat Damansara.

“Suspek turut menghantar mangsa pulang ke kawasan rumahnya. Mangsa kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Pemeriksaan lanjut pula mendapati suspek berusia 36 tahun itu mempunyai dua rekod jenayah manakala seorang lagi tiada rekod,” katanya.

Dua suspek itu direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 377C, 377A dan 354 Kanun Keseksaan. -BERITA HARIAN

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •