Polis serbu pusat urut dijadikan lokasi persundalan

Estimate Reading Time: < 1 minute

BATU PAHAT: Polis menahan tujuh pelacur warga China dan Vietnam serta tiga lelaki warga asing yang terbabit dalam aktiviti persundalan di sebuah pusat urut di pusat bandar Batu Pahat, di sini, semalam.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata serbuan pada jam 2.50 petang itu, pihak polis turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai pelanggan dan seorang wanita tempatan dipercayai sebagai ‘ibu ayam’.

“Pihak polis terpaksa memecah masuk ke premis berkenaan kerana suspek tidak memberi

kerjasama kerana pintu premis berkenaan dikunci daripada dalam.

“Sejumlah kondom, cecair pelincir, minyak urut dan wang tunai yang dipercayai hasil aktiviti

pelacuran itu juga dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

-Advertisement-

Beliau berkata siasatan mendapati aktiviti berkenaan dijalankan sejak sebulan lalu di sebuah premis pusat urut yang ditutup kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pintu khas digunakan dan kebiasaannya hanya pelanggan tetap akan dilayan yang akan berhubung terlebih dahulu dengan ibu ayam berumur 30-an berkenaan.

“Kesemua suspek berumur 20 hingga 52 tahun berkenaan direman selama tujuh hari mulai hari ini 22 Februari sehingga 28 Februari 2021 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambah Ismail, kompaun PKP juga dikenakan kepada semua suspek kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana menjalankan

aktiviti pelacuran dan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Polis memohon orang ramai segera menyalurkan maklumat jika mempunyai sebarang aktiviti sedemikian dan menasihatkan orang ramai patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya. -BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share