Hari ini langkah permulaan tamatkan jangkitan COVID-19 – Dr Noor Hisham

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula hari ini diharap menjadi permulaan bagi menamatkan penularan pandemik itu di negara ini.

-Advertisement-

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata program itu adalah ikhtiar penting untuk membendung pandemik berkenaan bersama rakyat.

“Satu sinar harapan dan langkah permulaan penamatan penularan jangkitan COVID-19 dengan pelancaran Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada hari ini. Insya-Allah.

“Ini adalah antara ikhtiar kita bersama dan semoga kita semua dilindungi. Amin,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin itu pada kira-kira jam 3 petang.

-Advertisement-

Pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada Jumaat ini, bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin berkenaan untuk fasa pertama ini yang akan berlangsung hingga April depan.

Selain Muhyiddin, turut dijadualkan menerima vaksin itu pada petang ini ialah Dr Noor Hisham serta empat lagi warga kerja Kementerian Kesihatan.

Pada Ahad lalu, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech dihantar ke negara ini dengan sebahagian diterbangkan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sementara sebahagian lagi ke Johor.

Vaksin berkenaan dibawa dari Singapura yang menjadi hab pengagihan vaksin COVID-19 ke negara-negara Asia Pasifik.

Setakat ini, Malaysia merekodkan kira-kira 286,000 kes jangkitan COVID-19 dengan 253,000 kes pulih manakala 1,062 kematian direkodkan sejak pandemik itu ‘melanggar’ negara Februari tahun lalu.- BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share