KUALA KANGSAR: Sultan Nazrin Shah berkata pertukaran menteri besar buat kali ketiga dalam satu penggal bukanlah sesuatu yang membanggakan, dan mencerminkan kegagalan ahli politik.
-Advertisement-
Sultan Perak berkata demikian semasa istiadat pelantikan Ketua UMNO Perak, Saarani Mohamad, sebagai menteri besar ke-14 dan angkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah pagi tadi.
-Advertisement-
Katanya, pelantikan terbaru ini boleh dianggap bersejarah kerana tidak pernah berlaku pada Dewan Negeri lain.
“Perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan,” katanya. -FMT