TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan mengesahkan negara itu mengesan 11 belon pengintip China berhampiran pulau terbabit dalam tempoh 24 jam.
-Advertisement-
Menurut laporan harian kementerian, belon itu dikesan bersama lima pesawat dan enam kapal perang China dalam tempoh 24 jam sehingga 6 pagi (waktu tempatan semalam).
Menurut pencarian AFP, jumlah itu adalah yang tertinggi pernah direkodkan berdasarkan data sejak Disember 2023.
Peningkatan kehadiran belon itu berlaku selepas Taiwan merekodkan 45 pesawat China berhampiran pulau terbabit dalam tempoh 24 jam minggu lalu, iaitu jumlah tertinggi tahun ini.
China menegaskan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayahnya dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk mengawal pulau itu.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Beijing meningkatkan penempatan jet pejuang dan kapal tentera laut di sekitar Taiwan sebagai tekanan terhadap tuntutan kedaulatannya, namun ia ditolak oleh Taipei.
Dalam minggu yang sama, Taipei turut mengecam China kerana mengadakan latihan ketenteraan di perairan selatan pulau itu.
Beijing bagaimanapun membalas dengan menuduh Taiwan sengaja mencetuskan tindak balas berlebihan sedangkan negara.
Itu hanya menjalankan latihan rutin.
-Advertisement-
Bulan lalu, komander tertinggi tentera Amerika Syarikat (AS) di Indo-Pasifik memberi amaran bahawa kekerapan latihan ketenteraan China boleh dijadikan sebagai penyamaran untuk melancarkan serangan sebenar.
Sebagai tindak balas terhadap kenyataan itu, Kementerian Pertahanan China menegaskan bahawa Beijing tidak akan menolak penggunaan kekerasan untuk mencapai penyatuan.
Taiwan kekal sebagai titik panas yang berpotensi mencetuskan konflik antara China dan AS yang merupakan penyokong utama serta pembekal senjata terbesar pulau itu.
Walaupun AS secara undang-undang diwajibkan membekalkan senjata kepada Taiwan iaitu sesuatu yang ditentang oleh Beijing, Washington bagaimanapun mengekalkan dasar ambiguiti strategik mengenai sama ada ia akan mengerahkan tenteranya untuk mempertahankan pulau itu daripada serangan China.
Meskipun terdapat sokongan kukuh dan bipartisan terhadap Taiwan dalam Kongres AS, namun wujud kebimbangan bahawa Presiden AS, Donald Trump, mungkin tidak mempertahankan Taiwan sekiranya China menyerang.
Bercakap pada satu forum keselamatan baru-baru ini, Ketua Majlis Keselamatan Negara Taiwan, Joseph Wu, berkata sokongan AS terhadap Taiwan kekal berada pada kedudukan sangat kuat.
Wu turut memuji AS kerana membekalkan peralatan pertahanan kepada Taiwan, melatih tenteranya dan meningkatkan kehadiran antarabangsa pulau itu.
“Saya yakin sokongan pentadbiran Trump terhadap Taiwan akan kekal sangat kuat.
“Saya fikir jelas bahawa AS menyokong Taiwan, dan dengan sokongan AS, kami lebih yakin untuk mempertahankan diri sendiri,” katanya pada Forum HFX Taipei.
-BeritaHarian