KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan mengekalkan barangan keperluan asas dan bahan pembinaan tanpa dikenakan cukai adalah untuk tidak memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup majoriti rakyat.
-Advertisement-
Kementerian Kewangan (MOT) berkata, tindakan itu juga adalah bagi memastikan kadar inflasi kekal terkawal.
Menurutnya, antara barangan yang dikekalkan tanpa cukai adalah ayam, lembu, ikan, udang, sotong, sayuran, buah-buahan tempatan dan beras.
“Ia termasuk barli, oat, gandum, tepung, sardin tin, gula, garam, roti putih, pasta, bihun, mi, mi segera, susu, minyak masak, ubat, peranti perubatan, buku, jurnal, surat khabar dan makanan peliharaan.
-Advertisement-
https://x.com/MOFmalaysia/status/1932669294317564046
“Turut dikekalkan iaitu bahan asas pembinaan seperti simen, batu dan pasir serta input sektor pertanian seperti baja, racun, jentera pertanian dan penternakan,” katanya menerusi hantaran di laman X.
Selain itu, peralatan perubatan, ubatan-ubatan dan barangan keagamaan juga kekal tanpa cukai.
Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar dan perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai 2025 secara bersasar yang memperlihatkan barangan pilihan tertentu seperti ‘king crab’, salmon, kod, cendawan truffle, buah-buahan import, essential oil, kain sutera dan jentera industri akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5.0 peratus.
Selain itu, beberapa barangan pilihan premium dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus seperti basikal lumba dan lukisan tangan antik.
Mulai 1 Julai 2025, skop cukai perkhidmatan diperluaskan meliputi enam jenis perkhidmatan iaitu sewaan atau pajakan, kerja pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.
-BeritaHarian