Polis rampas katrij vape campur dadah bernilai RM1.19 juta, sindiket ditumpaskan

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran katrij vape dicampur dadah, dengan penahanan dua lelaki termasuk seorang warga Singapura.

-Advertisement-

Serbuan yang dijalankan pada 29 Januari itu membongkar kegiatan sindiket yang dipercayai aktif sejak Disember lalu, dengan jumlah rampasan keseluruhan mencecah RM1.19 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata sindiket terbabit mengedarkan dadah di beberapa ‘drop point’, termasuk kawasan perumahan dan pusat hiburan, dengan harga setiap katrij RM300.

Lelaki warga Singapura berusia 38 tahun ditahan sebagai akauntan, manakala seorang lagi berusia 25 tahun bertindak sebagai ‘runner’ yang menguruskan penghantaran.

“Rampasan terdiri daripada 3,200 katrij vape berisi dadah serta serbuk dadah bernilai RM974,400. Pelanggan mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pengunjung kelab malam,” katanya pada sidang media hari ini.

-Advertisement-

Selain itu, polis turut merampas sebuah kereta Toyota Cross dan wang tunai sebanyak RM136,850.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga esok, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ab Rahaman menambah, dadah yang dirampas itu dipercayai boleh membekalkan 6,400 penagih.

-Berita Harian