WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (29524) ORDER BY meta_id ASC

Aidiladha: 2.352 juta kenderaan dijangka guna KLK, LPT1 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Aidiladha: 2.352 juta kenderaan dijangka guna KLK, LPT1

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Sejumlah 2.352 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan

-Advertisement-

Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT-1) bermula 8 hingga 11 Julai ini.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata pihaknya menjangkakan 1.648 juta kenderaan akan menggunakan KLK, manakala 704,000 lagi di LPT1.

Beliau berkata, penambahan 2.352 juta kenderaan itu bersempena sambutan Aidiladha, terutama bagi mereka yang akan menyempurnakan ibadah korban dan mengambil peluang bersama keluarga memandangkan cuti hujung minggu yang panjang.

“Berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun ini, purata harian kenderaan pada hujung minggu di KLK adalah 161,000, manakala di LPT1 pula 65,000 kenderaan.

“Antara langkah diambil ANIH Berhad bagi meningkatkan tahap kesediaan pada musim perayaan kali ini menerusi penambahan petugas sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, syarikat itu juga percaya pengguna kini lebih cakna dengan persediaan yang diperlukan bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa dan

selamat menjelang sambutan Aidiladha.

-Advertisement-

“Perayaan Aidiladha adalah kali ketiga rakyat negara ini berpeluang pulang ke kampung halaman sejak negara memasuki fasa endemik tahun ini.

“Demi meningkatkan komitmen kami dalam menjamin keselesaan semua, Jadual Cadangan

Perjalanan (TTA) tetap dikeluarkan sebagai peringatan di setiap musim perayaan.

“ANIH Berhad mengingatkan pengguna supaya memandu dengan berhemah serta memastikan keadaan kenderaan optimum,” katanya.

Maklumat terkini lebuh raya KLK dan LPT1 boleh layari laman sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook@Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT 1-700-818-700.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC