1,213 kes baharu COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,213 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah 328,466 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini iaitu 353 kes diikuti Sarawak dengan 303 kes dan Johor iaitu 142 kes baharu.

Katanya, sehingga kini sebanyak 14,782 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dilaporkan dan daripada jumlah itu 155 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 54 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kes baharu hari ini membabitkan tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat tiga kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian disebabkan oleh COVID-19 sebanyak 1,223 kes atau 0.37 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan hari ini terdapat 1,503 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sudah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 312,461 kes atau 95.13 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373