13 kontena terbakar atas kapal dipadamkan sepenuhnya

Estimate Reading Time: < 1 minute

PELABUHAN KLANG: Sejumlah 13 kontena di atas dek kapal MV Interasia Catalyst yang terbakar pada 5 April lalu, berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2 petang, Isnin lalu.

Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dalam kenyataan berkata, kebakaran itu dipadamkan sepasukan 50 anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),

Pasukan Bomba Northport dan Westports, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Marin dan Pasukan Khas Tentera Laut (Paskal).

“Usaha sama pasukan tindakan kecemasan terbabit turut dibantu empat kapal tunda pemadam kebakaran dari pelabuhan bagi menghalang kebakaran merebak ke kontena lain.

“Kebakaran itu juga tidak membabitkan kemalangan jiwa dan tindakan tegas sudah diambil bagi mencegah berlaku pencemaran.

“Insiden ini juga tidak menjejaskan operasi pelabuhan, yang mana kapal boleh berlabuh keluar dan masuk dari pelabuhan tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya, Jabatan Laut Malaysia, LPK dan juru ukur dilantik pemilik kapal kini sedang melakukan penilaian di atas kapal untuk memastikan keadaan kapal serta muatan, seterusnya melakukan pelepasan kargo yang terjejas dari kapal.

Pada 5 April lalu, kapal kontena dengan panjang keseluruhan (LOA) 260 meter itu melaporkan terdapat kepulan asap di beberapa kontena di dek kapal ketika belayar dari Pelabuhan Klang ke Cochin, India.

Kapal itu kembali ke Pelabuhan Klang pada 7 April dan langkah memadam kebakaran dimulakan segera di luar kawasan berlabuh selepas kapten kapal mendapatkan bantuan pelabuhan.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373