15,764 kes baharu COVID-19 dilaporkan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Angka penularan COVID-19 di negara ini menunjukkan penurunan kepada 15,764 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan kes baharu itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 negara meningkat kepada 1,146,186 kes.

Mengenai kes hari ini, Dr Noor Hisham berkata semua negeri mencatatkan pertambahan kes dan lima negeri melaporkan kes empat angka.

Negeri yang mencatatkan empat angka ialah Selangor dengan 6,067 kes baharu, Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108).

“Selain itu negeri lain turut mencatatkan pertambahan kes hari ini iaitu Negeri Sembilan sebanyak (862), Perak (748), Pulau Pinang (667). Kelantan (552), Pahang (475), Melaka (463) dan Terengganu (425).

“Putrajaya melaporkan 46 kes baharu, Perlis (sembilan) dan Labuan (tujuh),” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373