20 murid maut sekolah terbakar di Niger

Estimate Reading Time: < 1 minute

NIAMEY: Kira-kira 20 murid terkorban dalam insiden kebakaran di sebuah sekolah di ibu kota Niger ini, semalam.

“Sebanyak 21 bilik darjah dalam pondok jerami telah dijilat api dan kira-kira 20 kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran itu.

“Anggota penyelamat berkejar ke lokasi sebelum berjaya memadamkan kebakaran.

“Bagaimanapun, api terlalu marak ketika kejadian dan kanak-kanak terbabit gagal menyelamatkan diri,” kata komander bomba, Sidi Mohamed, melalui siaran televisyen.

Siaran televisyen itu turut memetik saksi memaklumkan, kebakaran tercetus kira-kira jam 4 petang ketika mangsa sedang berada di dalam bilik darjah.

Punca kejadian belum dikenal pasti, setakat ini.

Perdana Menteri, Ouhoumoudou Mahamadou, turut melawat lokasi kejadian dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Niger disenaraikan sebagai negara paling miskin di dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membabitkan 189 negara.

Pihak berkuasa membina ribuan pondok jerami yang digunakan sebagai bilik darjah, dengan muridnya kadang-kadang terpaksa duduk di atas lantai.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373