5,685 kes baharu COVID-19, 8 kematian

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan peningkatan dengan 5,685 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi berbanding 3,902 kes sehari sebelumnya.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, jumlah jangkitan baharu itu membabitkan 5,683 kes penularan tempatan dengan dua kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Jumlah berkenaan sekali gus menjadikan, jumlah kumulatif kes penularan wabak berkenaan di negara ini meningkat kepada 4,635,648 kes.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini terdapat sebanyak 45,484 kes yang masih aktif. Daripada jumlah yang dinyatakan itu, sebanyak 96.4 peratus atau 43,858 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selebihnya iaitu 3.4 peratus bersamaan 1,531 kes sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (39), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (35) dan ICU serta tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (21).

Dalam pada itu, setakat tengah malam tadi, sebanyak 3,337 kes sembuh dilaporkan di negara ini menjadikan jumlah individu pulih daripada jangkitan berkenaan adalah sebanyak 4,554,286 kes.

Mengenai kadar penggunaan ICU di seluruh negara, data menunjukkan sehingga kini ia berada di paras 63.1 peratus dengan lapan negeri mencatatkan penggunaan unit berkenaan melebihi 60 peratus.

Selangor mencatatkan penggunaan ICU paling tinggi pada kadar 78.1 peratus, diikuti Kelantan dengan 74.1 peratus, Kedah (73.4 peratus), Johor (71.2), Putrajaya (70 peratus) dan Kuala Lumpur (69.6 peratus).

Diikuti Sabah mencatatkan penggunaan sebanyak 67.4 peratus, Negeri Sembilan (65.3 peratus).

Turut dilaporkan, lapan kes kematian dengan lima kes meninggal dunia diluar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan sehingga kini jumlah keseluruhan angka korban akibat jangkitan berkenaan ialah 35,878 kes.

Daripada jumlah itu sebanyak 7,614 kes meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373