8,574 kes Covid-19, Selangor tertinggi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 8,574 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam catatan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif jangkitan kini mencecah 844,870 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 4,308.

Diikuti Negeri Sembilan (794), Kuala Lumpur (609), Kedah (415), Melaka (411), Johor (407), Pahang (314), Sabah (298), Sarawak (235), Pulau Pinang (231), Perak (168), Terengganu (140), Kelantan (133), Labuan (66) dan Putrajaya (45).

Tiada kes dicatatkan di Perlis hari ini.-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373