9 daripada 10 pengguna percaya ciri keselamatan Shopee

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang terkemuka Shopee baru-baru ini menjalankan tinjauan #ShopSafeWithShopee dalam kalangan pengguna mereka di Malaysia bagi menentukan tahap kepercayaan mereka terhadap platform itu.

Tinjauan ini mendapati bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah secara dalam talian melalui platform itu kerana ia diyakini selamat untuk digunakan.

Lapan daripada 10 pengguna pula yakin bahawa Shopee memberikan sokongan terbaik dalam membendung kes-kes penipuan apabila membeli-belah secara dalam talian.

Melalui tinjauan ini, Shopee mendapati bahawa antara faktor utama yang dititikberatkan pengguna adalah kaedah pembayaran yang selamat, polisi pemulangan dan pengembalian wang yang jelas, produk yang disahkan dan bantuan perkhidmatan pelanggan yang cekap.

Bukan itu sahaja, ciri seperti Shopee Guarantee yang hanya melepaskan bayaran kepada penjual selepas pelanggan mengesahkan penerimaan barang turut menaikkan tahap kepercayaan pelanggan terhadap platform ini.

Selain itu, ciri yang membolehkan pengguna mengesahkan dan berhubung secara terus dengan penjual juga sekaligus memberikan impak positif kepada Shopee dan membantu mengurangkan kadar penipuan jual beli di dalam platform ini.

Hal ini kerana, walaupun rata-rata pengguna menganggap bahawa mereka cukup arif mengenai penipuan jual beli secara dalam talian, masih ada pengguna yang terdedah kepada risiko jual beli palsu.

Ia dibuktikan apabila tinjauan mendapati bahawa terdapat 30 peratus daripada responden menjadi mangsa penipuan dalam talian pada tahun lalu.

Majoriti mangsa penipuan terdiri daripada mereka yang membeli barangan rumah, diikuti barangan fesyen dan peralatan elektronik.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, pihaknya komited untuk menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang selamat dan terjamin kepada pembeli.

“Kami mempunyai beberapa inisiatif untuk melindungi pembeli termasuklah Shopee Guarantee, Shopee Mall dan pasukan sokongan bagi membendung penipuan yang berdedikasi.”

“Kami juga komited untuk membina persekitaran yang selamat dan terjamin untuk pengguna membeli-belah tanpa risau akan terdedah kepada penipuan jual-beli,” katanya.

Selain ciri keselamatan yang ditawarkan oleh platform itu sendiri, pengguna juga bergantung terhadap pembeli lain apabila memilih penjual untuk membeli-belah secara dalam talian.

Berdasarkan tinjauan, tujuh daripada 10 pengguna berkata ulasan dan testimoni daripada pembeli lain adalah penting sebelum membuat pembelian.

Rata-rata pengguna juga menyemak kadar pembatalan dan pengesahan penjual seperti Shopee Mall, label Preferred dan Preferred+ untuk memilih penjual.

Mereka yang menjadi mangsa penipuan jual beli palsu turut membuat laporan kepada ejen Shopee Live dan berjaya mendapatkan bantuan dengan kadar segera dari pihak Shopee.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373