Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua

Estimate Reading Time: < 1 minute

HANGZHOU: Bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melayakkan diri ke pusingan kedua pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.

Beregu lelaki nombor lima dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-23, 21-15, 23-21.

Aaron-Wooi Yik, antara prospek meraih pingat pada temasya kali ini, akan berdepan pemenang antara beregu Bhutan, Anish Gurung-Jimba Sangay Lhendup dan Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand bagi merebut tempat ke suku akhir.

– BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373