AHB beli 51 peratus kepentingan CAF Motors

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: AHB Holdings Bhd (AHB) membeli 51 peratus kepentingan dalam CAF Motors Sdn Bhd (CAF), sebuah syarikat kenderaan elektrik (EV) tempatan, pada nilai RM10 juta.

Menurut AHB dalam kenyataan hari ini, selepas pelaksanaan usaha wajar akan datang dan pelaksanaan perjanjian jualan saham untuk memperoleh CAF daripada CAF Global Tech Sdn Bhd, AHB akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penjualan, pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan produk kenderaan elektrik berjenama CAF.

“CAF ialah jenama tempatan Malaysia dan CAF mempunyai hak eksklusif dalam pemasaran, penjualan serta pengedaran van elektrik CAF, iaitu CE1.

“Melalui pengambilalihan ini, AHB akan menerokai industri EV dan menjangkakan dapat menyumbang kepada hasil dan keuntungan masa hadapan.

“Pelanggan berpotensi untuk van EV ialah syarikat logistik tempatan dan e-dagang dalam talian utama,” katanya.

Pada Mei lalu, anggota kerabat diraja Johor, Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dilantik menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif AHB yang baharu.

Ia bagi mengisi kekosongan jawatan Tan Sri Mazlan Lazim yang meletak jawatan pada September tahun lalu.

Pelantikan Puteri Johor itu telah menarik perhatian pelabur dan menjana harapan pembangunan masa depan syarikat itu.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373