Airbus mahu jual pesawat dibina untuk AirAsia

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Airbus mahu menjual 6 pesawat jet yang dibina untuk AirAsia selepas berminggu-minggu perjalanan udara terhenti kerana kawalan Covid-19 di serata dunia, kata Reuters memetik sumber.

Memetik “dokumen sulit”, laporan itu berkata Airbus mahu menjual 4 pesawat A320neo dan 2 A321neo yang dibinanya untuk AirAsia.

Katanya langkah itu “luar biasa”, kerana pengilang kapal terbang kebiasaannya akan menyesuaikan tarikh penghantaran pesawat mengikut keperluan pelanggan.

“Seperti syarikat penerbangan lain cuba menjimatkan wang ketika kawalan dan sekatan perjalanan yang sudah melumpuhkan perniagaan mereka, AirAsia berkata ia tidak perlukan pesawat lagi tahun ini,” tambahnya.

AirAsia dilaporkan tahun lepas menempah 42 kapal terbang Airbus untuk AirAsia X, bernilai AS$5 bilion (RM20 bilion).

Ini termasuk 12 pesawat jarak jauh A330neo dan 30 pesawat jarak sederhana A321XLR, kata Airbus.

Minggu lepas, AirAsia mengumumkan beberapa langkah pengurangan kos ketika ia bergelut apabila hampir semua pesawatnya tidak terbang di negara-negara dimana ia beroperasi.

Kakitangan diminta terima pengurangan gaji antara 15% dan 75%, manakala pelanggan digalakkan terima kredit untuk menggantikan penerbangan daripada bayaran balik.

“Ini masa yang tidak pasti. Tidak pernah saya membayangkannya, tiada siapa dapat meramalnya, namun semua orang terkesan kerananya. Oleh itu, saya mahu bersikap terbuka dan telus dengan anda dalam masa ketidakpastian ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes dalam kenyataan.

-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373