Alvin Chong simpan rahsia Emma Maembong

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tiba-tiba disatukan dalam majlis diatur indah, rupa-rupanya, Alvin Chong menjadi antara individu yang merahsiakan tarikh pernikahan Emma Maembong dengan jejaka pilihan hati si ‘Mr Pilot’, pagi tadi.

Bersyukur majlis dirancang lancar, Alvin tumpang gembira teman gandingannya dalam drama Awak Suka Saya Tak itu selamat bernikah di sebuah premis acara di Bukit Damansara.

“Syukur akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan. Saya sangat gembira kerana sudah lama saya simpan rahsia ini.

“Ramai yang cuba ‘korek’ daripada saya mengenai perkahwinannya, tetapi saya jaga rahsia sebaik-baiknya.

“Saya doakan perkahwinan Emma kekal bahagia. Semoga Emma dan pasangan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata comel dan jadikan saya bapa angkat,” katanya kepada BH Online.

Pada jam 11.58 pagi tadi, dengan sekali lafaz, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup, di sini.

Sementara itu, pasangan adik-beradik, Aprena dan Oktovia Manrose tidak menyangka Emma yang mereka kenali sejak kecil, bergelar isteri orang.

“Tahniah kepada Emma dan Shazli, selamat pengantin baharu! Semoga kekal ke anak cucu. Dari kecil kita bersama-sama, tak sangka sekarang Timah sudah berkahwin.

“Jagalah rumah tangga baik-baik. Semoga cepat dikurniakan zuriat… Kami sayang Emma,” kata Aprena mewakili kakaknya.

Sementara itu, adik Emma, Chacha Maembong mendoakan kakaknya gembira dengan fasa baharu dalam hidup.

“Selamat pengantin baharu buat kakak saya. Saya tumpang gembira untuk Emma. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk berkahwin. Akhirnya hari ini niat, Emma termakbul.

“Saya doakan perkahwinan Emma berkekalan dan cepat-cepatlah beri saya anak buah yang baharu. Tapi sedih kerana sekarang, saya terpaksa tinggal seorang,” katanya.

Pelakon, Lia Natalia turut mengharapkan perkahwinan Emma dan suami berkekalan hingga ke syurga serta dikurniakan zuriat comel. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373