WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_doing_cron', '1716341775.8795859813690185546875', 'yes') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

Ambil pekerjaan gaji rendah buat masa ini, graduan diberitahu » The Capital Post

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_timeout_bfc_post_11473', '1716342377', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_bfc_post_11473', '0', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

Ambil pekerjaan gaji rendah buat masa ini, graduan diberitahu

Estimate Reading Time: 3 minutes

PETALING JAYA: Seorang ahli sosiologi menasihati graduan yang menganggur untuk mengambil pekerjaan gaji rendah buat masa ini berikutan mereka berusaha mencari pekerjaan ketika ekonomi masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

Denison Jayasooria, felo penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata langkah itu memerlukan perubahan terhadap pemikiran tetapi hanya untuk jangka masa pendek.

“Mereka seharusnya tidak tolak pekerjaan gaji rendah, tetapi ini paling lama pun 2 tahun. Selepas itu, mereka boleh beralih ke peluang yang lain semasa ekonomi meningkat semula,” katanya kepada FMT.

“Dalam tempoh ini, bekerja sendiri mungkin merupakan pilihan terbaik. Kumpulkan para graduan yang menganggur dalam kem-kem induksi yang dianjurkan bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

“Kongsi dengan mereka pelbagai pilihan seperti keusahawanan dan perusahaan sosial,” tambahnya.

Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad, berkata kira-kira 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan sukar mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian, akibat impak daripada Covid-19.

Kajian kementerian menunjukkan 41,161 graduan pada tahun lepas masih belum bekerja, dan dengan unjuran 75,000 bagi tahun semasa, maka dianggarkan 116,161 graduan perlu diberi perhatian untuk kebolehpasaran mereka.

Jayasooria, seorang penganalisis dasar, berkata ini merupakan situasi yang menyedihkan kerana para belia yang mempunyai ijazah biasanya dianggap sebagai pilihan terbaik dalam masyarakat dan menjadi kebanggaan keluarga.

“Namun, harapan mereka musnah apabila mereka tidak dapat mendapat pekerjaan. Satu isu utama ialah bidang pengajian atau malah kemahiran sosial dan bahasa,” katanya.

“Walaupun sektor swasta tidak akan melabur dalam latihan lanjut untuk calon pekerja baru dan muda, Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) melabur dalam melatih belia untuk pekerjaan yang lebih baik.”

Jayasooria juga menyeru Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia melihat kualiti pendidikan yang ditawarkan dan kompetensi penggunaan bahasa dalam melahirkan graduan yang lebih baik.

Di Sarawak, Menteri Pelancongan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata negeri itu tidak terkecuali dari impak pandemik terhadap graduan baru.

Menurut Jabatan Perangkaan, pada 2019, sejumlah 42,100 penganggur di negeri itu.

Walaupun kerajaan negeri menyerap sebilangan graduan yang menganggur melalui inisiatif Latihan Pengukuhan Graduan Sarawak (GETS), Karim berkata ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah.

“Graduan dan mereka yang diberhentikan kerja akibat Covid-19 tidak boleh terlalu memilih dalam mencari pekerjaan. Mereka mesti boleh terima gaji yang lebih rendah.

“Apa yang penting adalah ada kerja yang sesuai walaupun dengan gaji minimum kerana situasi (Covid-19) yang kita hadapi sekarang masalah global,” katanya kepada FMT.

Karim berkata, GETS dilancarkan pada 2009 untuk menangani isu pengangguran, terutama dalam kalangan graduan. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan Sarawak untuk melatih graduan yang tidak bekerja untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Katanya, graduan menganggur yang mendaftarkan diri dalam program itu akan ditugaskan ke jabatan kerajaan, agensi, atau syarikat swasta sebagai pelatih GETS selama 12 bulan, dan membayar elaun latihan sebanyak RM1,000 sebulan.

“Setakat ini, kebanyakan mereka menunjukkan prestasi yang cukup baik dalam program ini.”

Sementara itu, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berkata terdapat pasaran buruh yang lemah ketika ini berikutan syarikat berdepan cabaran untuk memulakan perniagaan dalam suasana pandemik.

Pengarah Eksekutif Shamsuddin Bardan beritahu FMT kebanyakan majikan mungkin tidak dapat menawarkan peluang pekerjaan, manakala yang boleh, tidak dapat menawarkannya untuk jangka masa panjang kerana ketidaktentuan dalam perniagaan.

“Memperoleh pekerjaan bergantung kepada kemahiran dan pengalaman seseorang. Graduan yang lebih cekap dan fleksibel akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mencari pekerjaan.

“Mereka perlu mahir digital dan boleh menerima bentuk baharu hubungan pekerjaan, seperti dalam ekonomi gig dan platform e-dagang,” katanya.

Shamsuddin menekankan graduan perlu terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, memandangkan permintaan yang lebih tinggi untuk literasi digital dan teknologi sekarang ini.

“Penting juga untuk mereka berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris secara bertulis dan lisan,” katanya.

Shamsuddin menyeru kerjasama yang lebih besar antara institusi pendidikan dan industri untuk mengatasi isu ketidakpadanan kemahiran, dengan mengatakan industri boleh memaklumkan kepada institusi pendidikan mengenai jangkaan yang diletakkan kepada graduan. -FMT

Comments (

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_timeout_bfc_post_11473', '1716342377', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_bfc_post_11473', '0', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373