Azeem ketuai cabaran Sukan Asia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi akan mengetuai cabaran skuad olahraga beraksi di Sukan Asia Hangzhou yang dijadual bermula dari 23 September hingga 8 Oktober ini.

Pengurus besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Nurhayati Karim berkata, pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m) itu layak menyertai temasya berkenaan atas tiket kategori A bersama empat lagi atlet – Shereen Samson Vallabuoy (400 m), Andre Anura Anuar (lompat kijang), Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera) dan Norliyana Kamarudin (lompat tinggi).

“Ketika ini, kita ada 21 atlet yang disenaraikan, lima akan bertanding di bawah kategori A manakala 15 lagi kategori B1. Kita ada mohon untuk tambah seorang lagi atlet beraksi dalam kategori A – Grace Wong (baling tukul besi wanita).

“Kita berharap dapat bawa 38 dengan bakinya akan bertanding di bawah kategori B2. Jadi kami harap permohonan kami itu diluluskan,” katanya kepada media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet ke Sukan Asia Hangzhou di sini, hari ini.

Hayati turut berkata, peluang untuk atlet olahraga disenaraikan ke Sukan Asia masih belum tertutup memandangkan terdapat beberapa kejohanan yang sedang berlangsung ketika ini.

Katanya, senarai akhir atlet yang akan bertanding di temasya itu hanya akan dimuktamadkan selepas Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok bulan depan.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373