Bekalan air di Perlis mampu bertahan dua bulan lagi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KANGAR: Kerajaan Perlis akan menggunakan telaga tiub atau ‘telaga boring’ di negeri itu untuk membekalkan air jika kerajaan mengisytiharkan darurat cuaca panas.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata kerajaan negeri sudah melakukan perbincangan dengan Syarikat Air Perlis (SAP) untuk membina kemudahan itu jika keadaan memerlukan.

“Kita akan pasang telaga tiub berdekatan dengan jalan raya bagi memudahkan orang ramai dapatkan bekalan air dan jumlah telaga tiub serta lokasi masih dalam peringkat kajian.

“Bagaimana, setakat ini, paras air di Empangan Timah Tasoh dilaporkan masih masih mencukupi dan berada pada paras yang mampu untuk bertahan selama dua bulan lagi,” katanya.

Hari Keputeraan Ke-80 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Dataran Sheikh Ahmad, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata, SAP kini sedang menjalankan kajian terperinci dan meneliti lokasi tertentu untuk dijalankan kerja pembinaan telaga tiub itu

“Langkah ini akan dilaksanakan hanya sekiranya Kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat. Saya juga sudah memberi arahan kepada SAP supaya kemudahan ini dapat dibuat di kawasan berhampiran dengan jalan bagi memudahkan kerja mengangkut air,” katanya.

Mohd Shukri turut menasihati orang ramai, terutama pesawah supaya minum secukupnya dan tidak terdedah lama dalam cuaca panas, yang boleh menjejaskan kesihatan.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, hari ini, paras air di Empangan Timah Tasoh mencatat bacaan 27.15 meter pada jam 11 pagi tadi, susut daripada paras normal iaitu 29.10 meter.

-Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373