Bekalan air pulih di 46 dari 274 kawasan di Selangor

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Sejumlah 46 kawasan menerima bekalan air sepenuhnya dari 274 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual, sejak Ahad lalu, kata Air Selangor.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata jumlah itu menyumbang kepada 17% dari keseluruhan kawasan yang terjejas susulan henti tugas loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi akibat pencemaran.

Setakat ini, 37% kawasan di Petaling dan 55% kawasan di Kuala Langat telah pulih.

Kenyataan itu turut menyebut, sebanyak 228 kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya masih lagi dalam proses pemulihan.

“Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.”

Semalam, Air Selangor berkata bekalan air di negeri itu dijangka pulih bermula tengah malam tadi.

Proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang terjejas akan dibahagikan kepada 3 bahagian.

Bekalan air untuk kumpulan pertama, terdiri daripada 145 kawasan terjejas, akan dipulihkan sepenuhnya pada pukul 6 petang esok; kumpulan ke-2 (91 kawasan terjejas) pada pukul 6 petang Khamis; dan kumpulan ke-3 (38 kawasan terjejas), pada pukul 6 petang Jumaat.

Terdahulu, kualiti air di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dilaporkan semakin buruk menyebabkan lebih 300,000 akaun pengguna di 4 kawasan mengalami gangguan bekalan tidak berjadual sejak 4 Oktober. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373