Bekas Datuk Bandar Ipoh dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH- Bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Ahmad Suaidi, 49, menggantikan Datuk Zainal Azman Abu Seman yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada 1 Dis lalu sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menurut kenyataan Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak, Ahmad Suaidi telah melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, semalam dan menerima surat penempatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Dilahirkan pada 11 Mac 1970, Ahmad Suaidi memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Jan 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor.

Anak jati Perak dari Pantai Remis itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Bioteknologi) dari Universiti Putra Malaysia serta Ijazah Sarjana Informasi Global dan Pengajian Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Tokyo, Jepun.- BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373