Bisa ledakan Ronaldo

Estimate Reading Time: < 1 minute

Milan: Cristiano Ronaldo melakar lebih banyak sejarah apabila menjadi pemain pertama menamatkan musim ini sebagai penjaring terbanyak di tiga liga utama – England, Sepanyol dan Itali.

Pemain berusia 36 tahun itu meledak 29 gol pada kempen musim ini, lima gol mengatasi tempat kedua bintang Belgium, Romelu Lukaku yang membantu pasukannya Inter Milan muncul juara liga.

Penyerang Portugal itu pernah menjadi penjaring Terbanyak di England bersama Manchester United pada 2008, dan tiga kali di Sepanyol bersama Real Madird, 2011, 2014 dan 2015.

Tetapi ia pertama kali dalam tempoh tiga musim bekas juara lima kali Ballon d’Or meledak banyak gol.

Ronaldo menjaringkan 21 gol pada musim pertamanya selepas menyertai pasukan pada 2018 dan 31 gol pada kempen lalu selepas menamatkan saingan di belakang penyerang Lazio, Ciro Immobile dengan 36 gol.

Bagi semua kejohanan, dia kini menjaringkan 101 gol buat Juventus.

Ronaldo diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan terakhir Juventus yang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Bologna sekali gus mengesahkan tempat dalam kelompok empat teratas dan Liga Juara-Juara musim depan.

Terdapat spekulasi mengenai masa depan Ronaldo bersama kelab itu jika mereka gagal layak ke Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak 2012, ketika penguasaan kejuaraan liga selama sembilan tahun berakhir pada kempen musim ini.-METRO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373