China adakan latihan tentera di Laut China Timur di utara Taiwan

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEIJING: China memulakan latihan ketenteraan di Laut China Timur di utara Taiwan hari ini, termasuk latihan tembakan dari kapal perang menggunakan peluru hidup.

Beijing didakwa sengaja melakukan latihan sekarang ketika Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya menjalankan latihan tentera di Pasifik Barat.

China secara rutin menjalankan latihan di sepanjang pantainya, namun latihan berdekatan Selat Taiwan itu sering menarik perhatian.

Pentadbiran Keselamatan Maritim China mengeluarkan amaran zon larangan belayar dari lewat pagi hingga tengah hari ini, untuk kawasan di luar bandar Taizhou di wilayah Zhejiang susulan latihan tembakan langsung menggunakan peluru hidup dari kapal perang.

Menurutnya, latihan lain di sekitar lokasi yang sama akan berlangsung sehingga lewat petang Selasa.

Latihan itu dilakukan berhampiran kepulauan Dachen yang dikuasai Taiwan sehingga 1955, sebelum ia dipindahkan selepas pulau berdekatan yang lain dirampas tentera China dalam pertempuran berdarah sebelum ini.

Taiwan masih menguasai Pulau Matsu dan Kinmen, di luar pesisir pantai wilayah Fujian, China, yang ditadbirnya sejak kerajaan Republik China yang kalah dalam perang saudara dengan regim komunis Mao Zedong, melarikan diri ke Taipei.

Menurut agensi keselamatan maritim itu, China akan mengadakan latihan berasingan di bahagian utara Laut China Timur sehingga lewat petang esok.

Latihan Laut China Timur, China itu dilakukan ketika latihan tentera laut segi empat di Laut Filipina yang bermula Jumaat lalu membabitkan AS, Jepun, Kanada dan Perancis.

Menurut Armada Ke-7 AS dalam satu kenyataannya, latihan itu membabitkan dua kumpulan kapal induk serangan yang diketuai kapal pengangkut pesawat AS, USS Nimitz dan USS Ronald Reagan, yang beroperasi secara bersama buat kali pertama sejak Jun 2020.

– REUTERS

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373