COVID-19: AS ada bukti virus berpunca dari makmal Wuhan

Estimate Reading Time: 2 minutes

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo sabtu lalu, berkata AS ada bukti kukuh wabak COVID-19 berasal dari sebuah makmal di Wuhan, China, tatkala Beijing dikritik hebat dalam menangani pandemik itu.

Ketika ini beberapa negara Eropah dan sebahagian AS sedang bersedia menarik semula perintah berkurung susulan semakin reda bagi memulakan kembali ekonomi yang terjejas teruk.

Lebih 245,000 nyawa menjadi korban dengan 3.5 juta dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia, memaksa kira-kira separuh daripada penduduk dunia terpaksa berkurung, yang menyaksikan kemerosotan ekonomi terburuk.

Presiden AS, Donald Trump yang mengkritik hebat cara China mengendalikan tempoh awal penularan wabak di Wuhan pada hujung tahun lalu, turut mendakwa beliau mempunyai bukti mengaitkan pembabitan makmal itu sejak minggu lalu.

Kumpulan saintis pula percaya virus itu berpunca daripada haiwan dan berpindah kepada manusia berkemungkinan dari pasar eksotik di wilayah terbabit.

Bagaimanapun China menyangkal dakwaan dan Pengarah Perisikan Kebangsaan AS menyatakan penganalisis masih meneliti punca wabak itu.

Pompeo, bekas penasihat Agensi Perisikan Pusat (CIA) memberitahu ABC, bahawa dia bersetuju dengan kenyataan pusat perisikan AS yang mengatakan virus itu bukan buatan manusia atau diubahsuai genetiknya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, China mempunyai sejarah wabak itu yang menjangkiti dunia dan menjalankan makmal di bawah standard.

“AS akan bertanggungjawab kepada mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Florida menarik balik perintah berkurung bermula hari ini dan akan disusuli negeri lain dengan memperketatkan larangan seperti amalan penjarakan sosial serta lain-lain.

Negara Eropah di Atlantik juga sudah bersedia melonggarkan sekatan dengan berhati-hati, seperti di Itali dan di Jerman hari ini membenarkan rakyat keluar beriadah dan mengunjungi keluarga.

Sementara Slovenia, Poland dan Hungary pula kembali membenarkan tempat awam dan sesetengah perniagaan beroperasi kembali.

Britain pula melonggar perintah itu secara berperingkat dengan Perdana Menterinya, Boris Johnson dijangkakan mengumumkan pelan kerajaan dalam beberapa hari ini.

Selain kebanyakan negara menguatkuasakan pemakaian topeng hidung dan mulut di tempat awam, dalam pengangkutan awam serta merta.

Dalam perkembangan itu, Sepanyol yang menguatkuasakan perintah berkurung selama 48 hari, kini membenarkan rakyat beriadah sejak

– AFP

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373