WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_doing_cron', '1716342886.0219769477844238281250', 'yes') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

COVID-19: Sultan Selangor bimbang ramai semakin abaikan SOP » The Capital Post

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_timeout_bfc_post_9891', '1716343487', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_bfc_post_9891', '0', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

COVID-19: Sultan Selangor bimbang ramai semakin abaikan SOP

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menzahirkan perasaan bimbang kerana mendapati ramai rakyat di negeri ini semakin mengabaikan amalan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, hari ini, Sultan Sharafuddin bertitah, hasil pemerhatian baginda sendiri mendapati ramai rakyat tidak lagi mematuhi garis panduan ditetapkan, termasuk berada di tempat awam tanpa memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan sosial.

“Baginda sangat bimbang sekiranya masih ramai yang berdegil dan tidak mengamalkan normal baharu ini, gelombang kedua penularan akan muncul serta menjejaskan ekonomi dan kehidupan harian rakyat.

“Justeru, baginda menyeru semua rakyat terus mengamalkan disiplin tinggi dengan sentiasa memakai pelitup muka, membersihkan tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun, dan mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

“Jika tidak sihat atau sakit, jangan keluar ke tempat awam,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah, baginda juga tidak mahu rakyat terus hidup dalam suasana berisiko tinggi mendapat jangkitan dan seterusnya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Baginda turut menyeru rakyat agar menghargai jasa serta pengorbanan petugas barisan hadapan, khususnya di hospital, sekali gus tidak menambah beban tugas mereka.

Titah baginda, selagi vaksin untuk COVID-19 belum ditemui, baginda berharap setiap rakyat berusaha sebaik mungkin untuk mematuhi SOP kerana ia terbukti berkesan menghapuskan wabak berbahaya itu.

-BH

Comments (

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_timeout_bfc_post_9891', '1716343487', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_bfc_post_9891', '0', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373