COVID-19 : Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April – PM

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 10 April 2020 (The Capital Post) – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhiyyidin Yassin mengumumkan Kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April 2020 selepas berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pandangan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19” tambah beliau melalui siaran langsung.

Tan Sri Muhiyiddin Yassin juga mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan atas perkhidmatan yang diberikan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang patuh pada arahan kerajaan dalam tempoh PKP ini.

Terlebih dahulu pada 16 Mac 2020, Tan Sri Muhiyyidin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu dari 18 April sehingga 30 April 2020 dan pada 25 Mac 2020 Perdana Menteri mengumumkan tambahan 2 minggu perlanjutan PKP sehingga 14 April 2020 – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373