Dilema industri filem Hollywood

Estimate Reading Time: 2 minutes

LOS ANGELES: Pemain industri filem Hollywood bertungkus lumus mencari penyelesaiaan radikal untuk membuka semula studio sekali gus menjana semula pendapatan selepas menghentikan semua aktiviti akibat pandemik COVID-19.

Pemilik studio, syarikat pengeluar, penerbit, pengarah dan peguam yang kebanyakannya di California berdepan arahan perintah berkurung sejak Mac lalu, berikutan penggambaran filem dan drama televisyen mudah terdedah dengan penularan wabak itu kerana ia membabitkan jumlah pelakon dan kru yang ramai.

Walaupun kerajaan sedang mempertimbangkan kelonggaran sekatan secara beransur-ansur, produksi filem mungkin mengambil masa lebih lama dan

pemain industri perfileman terpaksa menanggung liabiliti yang lebih tinggi.

“Tidak mungkin kita dapat menghasilkan filem seperti ‘Star Wars’ atau filem Marvel pagi esok,” kata Nicolas Chartier, penerbit “The Hurt Locker” yang pernah memenangi anugerah Oscar.

“Secara logiknya, ada terlalu banyak tanggungjawab dan terlalu banyak ketakutan,” kata rakan produksi produser, Stephen Nemeth (filem “Fear and Loathing in Las Vegas.”)

“Kita tidak dapat melihat filem seperti ‘Dune’ diterbitkan sekarang. Saya tidak dapat melihat filem epik lain seperti ‘Mad Max’ – filem-filem ini adalah 250 kru dan 250 pelakon tambahan. Kita tidak dapat mengendalikannya,” katanya.

California yang menjadi tumpuan industri perfileman berpusat di Los Angeles setakat ini merekodkan 45,000 kes COVID-19, menyebabkan syarikat insurans

enggan menanggung pemberhentian penggambaran pada masa akan datang disebabkan oleh wabak itu.

“Pengecualian Coronavirus” yang ditandatangani oleh pekerja disebut-sebut sebagai cara untuk melindungi studio perfileman daripada tuntutan undang-undang, tetapi tidak terbukti terutamanya di mana pelakon bertaraf bintang terbabit.

“Mungkin imej janaan komputer (CGI) akan digunakan lebih meluas bagi set pengambaran bagi latar belakang orang ramai dengan pelakon tetapi ia akan membabitkan kos lebih tinggi,” kata Chartier.

“Pada pendapat saya, filem-filem besar seperti yang kita kenal – sejauh mana mereka akan kembali seperti yang kita kenal mungkin tidak akan wujud lagi sehingga ada vaksin virus berkenaan,” tambah Nemeth.

Satu penyelesaian sementara yang mungkin adalah ujian suhu, virus atau antibodi bagi mereka yang memasuki set pengambaran. -BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373