Diskaun 18% TOL – Langkah Besar ke Arah Memenuhi Manifesto – Lim Guan Eng

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 31 Jan 2020 (The Capital Post) – Seperti yang telah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 17 Januari 2020, kadar tol PLUS akan dikurangkan sebanyak 18% berkuatkuasa 1 Februari 2020, bermula 12 tengah malam ini.

Diskaun kadar tol sebanyak 18% tersebut diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi di Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang. Kadar tol untuk kenderaan komersial akan terus kekal pada kadar tol semasa tanpa peningkatan sehingga tamat tempoh konsesi.

Ini berikutan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri untuk menstrukturkan semula konsesi PLUS untuk memberikan penjimatan sebanyak RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi baharu sehingga 2058. Untuk tahun 2020, Kerajaan dan pengguna turut akan mendapatkan jumlah penjimatan sehingga RM1.1 bilion secara langsung. Ini adalah termasuk penjimatan sebanyak RM0.5 bilion daripada diskaun 18% dan juga penjimatan RM0.6 bilion daripada bayaran pampasan Kerajaan untuk membekukan kenaikan kadar tol. Penjimatan ini akan dapat disalurkan untuk program-program kebajikan dan pembangunan ekonomi yang akan memanfaatkan rakyat secara keseluruhan.

Seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2020, kadar tol untuk kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang juga akan disamakan dengan kadar tol baharu Jambatan Pertama Pulau Pinang selepas diskaun 18% bermula 1 Februari 2020.

Dengan penurunan kadar tol ini, Kerajaan telah mengambil suatu langkah yang besar ke arah memenuhi janji untuk menghapuskan tol secara berperingkat dengan merunding semula perjanjian konsesi lebuh raya, seperti dinyatakan Manifesto Pakatan Harapan ujur YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia melalui satu kenyataan media – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373