Dua maut dalam kebakaran lapan unit rumah kedai

Estimate Reading Time: < 1 minute

SUNGAI PETANI: Dua maut dalam kebakaran membabitkan lapan unit rumah kedai dua tingkat di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 1.12 pagi.

“Sepasukan anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu dan Kota Kuala Muda tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Kami difahamkan terdapat tiga mangsa dalam kejadian ini namun hanya dua mangsa sudah ditemui dan operasi mencari seorang lagi mangsa sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Awang Hidzel berkata, operasi pemadaman masih dilakukan di lokasi kebakaran.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373