Empat tokan dadah tumpas

Estimate Reading Time: < 1 minute

Tasek Gelugor: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah apabila menahan empat lelaki dalam dua serbuan, di sini, awal pagi hari ini.

Dalam serbuan pertama pada 12.30 tengah malam, polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun. Sebelum menahan tiga lagi lelaki berusia 35 hingga 48 tahun pada 1.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua suspek terbabit ditahan.

“Ia berikutan dalam serbuan pertama, polis menjumpai 24 gram (g) dadah dipercayai heroin dan 21.26 g pil Eramin 5 dianggarkan bernilai RM2,040 yang dibawa suspek.

“Manakala, dalam serbuan kedua pula polis menjumpai 24.53 g dadah dipercayai heroin dan 14.42 g syabu dianggarkan bernilai RM2,304,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, saringan ujian air kencing yang dijalankan ke atas semua suspek mendapati mereka positif dadah.

“Semakan ke atas mereka juga mendapati kesemuanya mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-METRO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373